Sebagai seorang muslimah, korang mesti berharap agar dapat seorang suami yang menyenangkan hati, kan. Seorang yang dapat melindungi dan mengarahkan korang menuju redha Allah SWT. Betul tak? Berikut merupakan ciri2 calon suami yang dicadangkan dalam penjelasan berikut:
1. Seorang Jujur dan Terus Terang
Dari awal pembawaan ini harus dipastikan dahulu, apakah dia
adalah seorang lelaki yang jujur atau sebaliknya. Dari mukanya dapat
dinilai seorang jujur atau tidak. Dari cara dia berkata-kata juga dapat
ditentukan apakah dia seorang yang jujur atau tidak. Sejak awal korang
harus peka dengan sifat ini kerana kejujuran seorang lelaki adalah hal
yang sangat jarang2 berlaku untuk masa kini. Apabila dia memang orang
jujur, dia tak hanya akan mengutarakan kebaikan-kebaikannya selama ini,
namun juga kelemahan dan keburukannya ketika akan melamar korang.
2. Menghormati Wanita
Di mata wanita, tentu
wanita yang matang, bukan wanita muda, juga wanita yang telah bersedia
untuk berkahwin, mendambakan seorang lelaki yang ideal dan sangat
sederhana. Dia hanya perlu seorang lelaki yang mampu membuat wanita
selesa, membahagiakan secara batin dan kata2. Memiliki sikap hormat, tak
merendahkan, tak juga melecehkan meskipun dia lelaki cerdas dan lebih
memiliki kemuliaan yang lain. Seorang lelaki yang benar2 tahu bagaimana
memperlakukan seoang wanita. Menghormati secara profesional dan tak
berlebihan. Dia memandang wanita bukan sebagai objek seks, namun
menghormatinya dengan baik.
3. Seorang Lelaki Yang Tegas
Tegas bukan
bererti keras kerana ketegasan tak perlu ditunjukkan dengan kekerasan.
Wanita akan lebih 'tunduk' dengan lelaki yang tegas, mampu mengambil
keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. Dia
dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga.
Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga dia tak dapat mengambil
kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan sendiri dan harus
komitmen dengan keputusan2 yang dia buat.
Seorang
lelaki memang dikenali sebagai yang keras kepala dan tak nak minta
maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, tak ramai lelaki
yang dengan rela hati mengatakan "Abang minta maaf, abang bersalah...".
Ego mereka sangat kuat sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf.
Bahkan pada keadaan tertentu, kadang kala meminta maaf akan dilakukan
bila dah takde pilihan. Lelaki jenis ini akan membuat wanita bertahan
dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya. Sayangnya para lelaki muda
dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini. Lelaki jenis ini biasanya
sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan tak mungkin untuk
mendapatkan cintanya.
5. Cerdas, Menguasai Banyak Hal
Sifat ini
akan mengundang kekaguman para wanita kerana wanita selalu sahaja
mempunyai banyak persoalan yang nak diketahui. Setiap kali bertanya, dia
selalu dapat menjawab. Jawapannya tak hanya beberapa perkataan sahaja,
tapi dah cukup untuk membuat korang terpesona. Meskipun tak memiliki
ketampanan luar biasa, lelaki jenis ini banyak peminatnya. Kepintarannya
cukup membuatnya mampu menaklukki hati para wanita.
Namun
bila ternyata tak pandai menguasai banyak hal, seorang lelaki juga cukup
dikagumi apabila dia mahir dalam satu bidang tertentu. Kemahiran dan
kecerdasannya pada bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.
6. Mampu Beradaptasi
Kemampuan beradaptasi
dengan orang baru, keluarga baru dalam lingkungan baru juga menjadi
nilai tambahan karakter seorang calon suami yang baik. Saat ijab kabul
ditunaikan, suami akan tinggal di rumah keluarga isterinya buat
seketika. Bila dia tak dapat membawa diri, kemungkinan besar dia hanya
duduk terdiam di satu sudut atau mungkin lebih memilih untuk menyendiri
di bilik tanpa mahu keluar.
Seorang lelaki baik seharusnya
memiliki kemampuan beradaptasi. Bijak membuka sebuah perbincangan dengan
siapa pun. Sehingga perkataannya tak berlebihan tetapi selalu mudah
difahami.
7. Berani
Inilah sikap yang paling disukai,
iaitu keberanian. Keberanian ini lebih kepada sebuah sikap positif yang
didorong oleh mental yang kuat. Apabila mendapat tekanan hidup, dia
mampu untuk melawan dengan kekuatan mental dan fizikal yang dia miliki.
Dia berani untuk menjadi diri sendiri dan selalu membela kebenaran.
Ketika dia memutuskan untuk melawan suatu kezaliman, dia sudah
mempertimbangkan segala sesuatunya dengan matang. Bukan hanya sekadar
bangkit tanpa perhitungan.
8. Berjiwa Besar
Lelaki yang berjiwa besar
adalah seorang yang tak mudah menyimpan dendam dalam hatinya. Lapang
dada dalam menerima kekurangan pasangannya, dan selalu memaafkan apabila
memang dia dituntut untuk memaafkan seseorang. Dia sangat sedar bahawa
setiap orang diciptakan tak sempurna, namun setiap makhluk memiliki
kekurangan satu sama lain. Sehinggakan dia menyedari beberapa kekurangan
pasangannya, dia tak menuntut lebih dan lebih memilih sikap menerima
seadanya.
9. Kelak Bila Menjadi Suami
Apa yang
dikemukakan di atas adalah ciri2 calon suami yang mungkin boleh dikenali
dengan perkenalan. Namun bagaimana halnya kalau setelah berkahwin
segalanya berubah? Korang dapat mengenali apakah suami korang nanti
berubah atau tak, dengan cepat.
Suami bukan komander perang
dan bukan juga bos, main perintah sesuka hati, caci maki selancar sampah
di longkang. Bukan. Bukan macam tu. Suami adalah seorang teman hidup
untuk isteri. Dia adalah seorang yang dirindui dan dikagumi. Selalu
ditunggu dan dialu-alukan. Sehingga pada dasarnya dia adalah seorang
yang keras dan tegas, namun ketika berinteraksi dengan orang lain,
lebih2 lagi dengan isteri dan anak-anaknya, dia harus bersikap lembut
agar mereka tak jauh dan berpaling. Sikap lemah lembut ini merupakan
rahmat dari Allah SWT sebagaimana kalam-Nya ketika memuji Rasul-Nya yang
mulia.
-Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri
Follow @mawarsuri


No comments:
Post a Comment