Tuesday 28 February 2012

Jangan kahwini perempuan yang ada 6 sifat ini



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
Kalau Suka LIKE la ;) COMMENT la Kalau Best :) TQ

Wednesday 22 February 2012

Kenapa macam nie ??

 



Kenapa orang sering menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu keburukan
ada juga yang tahu itu salah mereka tapi pejam mata sahaja
manusia dilahirkan dengan kurniaan akal tapi masih ada yang salah menggunakannya...
cuba kita renung sekeliling kita pun dah cukup x payah tengok perkara atau benda yg jauh setapak dr kita..sekeliling pun dah memadai...
hemm apa yg korang nampak???
semua yg berlaku tu salah siapa kita atau orang lain??hemm....(kena pikio nie)

kalau dinilai betul-betu kita merupakan antara penyumbang berlakunya masalah di sekeliling kita...hemm..(dah abih pikio ker)
perlukan ini untuk berfikir/ingat
contoh yg paling ketara nampak kenapa bila hujan turun dgn lebat banjir kilat akan berlaku?? (kenapa yer..?)
korang akan kater
1. "jiran saya tu suka buang sampah dalam longkang"
2. "diaorang nie buang sampah merata-rata,tong sampah dah sedia besar-besar oleh pihak perbandaran x nak guna longgok jugak kat situ...! saya x buang sampah kat situ"
3. " Man(bkn nama sbnr)!! tolong buang sampah nie...kau humban jer kat sungai tepi jalan besar tu.."
4. "x jumpa pun tong sampah, emh..buang je la lg pun sampah kecik jer "

pernah x korang dgr,nampak dan buat...?
xkan x pernah kot.....

kemana pergi semua sampah sarap tu yer?
mana lagi yang dalam longkang tentu kat dlm longkang utama/besar, yg longgok dah tentu hanyut dek hujan pergi ke longkang jugak,yg sungai dan tepi jalan mana lg kalau x menjadi pelampung yg terapung bersama-sama sampah lain dipermukaan sungai dan benjadi benteng peyekat air...
lepas 2-3 minggu hujan lebat pun turun apa jadi?
banjir kilat la...semua nie kerana mana air hujan tu nak mengalir? longkang yg berfungsi untuk mengalirkan air penuh sampah...sungai yg sepatutnya mengalirkan air dr longkang utama atau dr permukaan bumi PENUH gak SAMPAH....

Salah siapa yer ...?
  " bukan saya.."
  "bukan saya jugak, saya buang sikit jer sampah hari-hari.."
  " alah, sampah kecik pun nak berkira gak ker ! sibuk la korangg nie"
  " apa aku peduli, janji rumah aku bersih"
                                                

Mesti salah satu di atas tu jawapan korangkan...
tapi pernah x kita sedar bila semua yg kita buat tu impak nyer kepada diri kita jugak..x pun kaum keluarga, sahabat handai kita...

bila dah berlaku banjir / bencana terpaksa mengeluarkan bajet membersihkan segala kerosakkan...bajet kalau ciput x per..pejam mata jer..ini mau mencecah ber K  jugak.
kerajaan terpaksa menyediakan dana untuk org yg ditimpa bencana.sedangkan bajet tu boleh digunakan untuk kemajuaan dan penyediaan infrastruktur untuk kemudahan kita jugak kelak.

itulah,kenapa kita selalu x nak mengaku sesuatu yg kita buat sama ada secara sengaja atau x sengaja. nie x balik- balik "dia yg salah";"dia org tu yg salah";"bukan salah saya".
alangkah seronok nya jika semua org di Malaysia ni amnya sedar akan hakikat ini. sedar akan nilai tanggungjawab sepanjang hidup kita nie. tanggungjawab ini bukan susah sangat senang untuk dilaksanakan semuanya bermula dari diri kita setiap individu di Malaysia baik muda,tua,dewasa,kanak-kanak,foreign.semua kena sedar.

Berhentilah menunding jari kepada org lain,cuba kali nie jari tu tunding pada diri kita sendiri. Apa rasa nyer...semua sampah yang kita buang secara tidak berhemat nie bukan saja impaknya banjir..Kebersihan,kesihatan,keindahan Malaysia akan terjejas bukan sikit-sikit tapi secara keseluruhan...mungkin kita x fikir sekarang nie sebab kita x nampak kesannya...(jadi kita selamat la yerr!!!) nanti dulu kalau kita x ada kesan yg teruk sekarang mcm mana dengan generasi akan datang (genarasi akan datang,bkn aku...)generasi akan datang tu keturunan kita la....!(itu pun x cerdik,apa la...).

Kita x payah susah-susah bukak buku sains/ilmu hayat,fizik,kimia,biologi untuk tahu kesan-kesan kesalahan kita nie..(cuba pejam mata dan sedut udara,bukak dan pandang sekeliling) itu lah kesan yg jelas di depan mata dan deria kita. kita semua sedia maklum sampah tu kotor (eee geli la..!!),mcm mana jadi kotor kalau x kita yg buang merata-rata dan biarkan ia membusut berhari-hari.Kalau kita buang ditempat yg dikhaskan for sure ia dilupuskan dengan sempurna.Malaysia mempunyai nilai buangan sampah yang akan mencecah 10 JUTA TAN  dan merupakan anatara negara yg paling famous dgn sampah di Asia nie (suka / bangga ..??). Hem sekarang macam mana ? salah kita atau salah orang lain jugak...?(renung-renungkan dan selamat berubah....)




Kalau Suka LIKE la ;) COMMENT la Kalau Best :) TQ