Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir
semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut
mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika
dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati
mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat.
Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun
anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi
marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka
menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat
dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka
tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut
mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun,
kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah
kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat
mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
sumber:
Follow @mawarsuri

No comments:
Post a Comment