Mari
hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika
hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu
utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja,
ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai
kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu
bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.
Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk
mereka.
Wahai
puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu
dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada
seorang lelaki yang belum kamu
kenal dan teman hidup yang baru.
Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat,
Memerhatikan
tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya
memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali
yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan,
Menjaga
hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok
dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam
keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan
membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu
tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu
membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian
janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau
bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang
sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.Posted by Azrael Jackall
Labels:
Remaja Dan Cinta,
Tazkirah
Follow @mawarsuri

No comments:
Post a Comment